saya tak kawal bola sepak negara

   Saya Tak Kawal Bola Sepak Negara
TUNKU Ismail Sultan Ibrahim ketika menjawab soalan penyokong malam tadi. - IHSAN JOHOR SOUTHERN TIGERS

PETALING JAYA: Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan persepsi bahawa bola sepak negara ‘tunduk’ kepadanya dan beliau mempunyai pengaruh besar terhadap keputusan perlawanan.

Kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu ada banyak lagi pasukan dalam Liga Malaysia (Liga M) yang diketuai ‘golongan istana’ seperti Pahang dan Selangor, malah kebanyakan kepimpinan tertinggi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berasar dari Selangor.

Nak kata JDT hanya menang kerana pengadil ataupun kerana pembabitan saya dalam Persatuan Bolasepak Malaysia dan MFL, saya menang lapan gelaran sebelum jadi presiden FAM.

Tidak adil (mengatakan) JDT dibantu pengadil kerana kami masih menang perlawanan di pentas Asia, di situ tiada pengadil Malaysia. Apabila (pasukan) menang, tak pernah complaint mengenai pengadil.

“Awak tengok, Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin), orang Selangor. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil (Datuk S. Sivasundaram), orang Selangor. Ketua Pegawai Eksekutif MFL (Stuart Ramalingam), orang Selangor. Haji Kassim (Kadir Bacha, Ketua Jabatan Pengadil FAM), orang Selangor.

“Betul tak? Semua kepala cawangan orang Selangor. Awak nak kata Johor kawal bola sepak? Selangor yang kawal bolalah. Awak periksa kad pengenalan pengadil botak (Zulkarnain Zakaria), silap-silap dia pun orang Selangor juga,” katanya dalam sesi soal jawab bersama penyokong malam tadi.

Tunku Ismail turut menafikan dakwaan pengadil tempatan takut kepadanya hingga membolehkan Harimau Selatan mendapat layanan istimewa.

Kalau takut pada saya, bagi saya tidak masuk akal kerana kita kalah dengan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim musim lalu. Kita pun ada seri dan kalah di tempat lawan.

“Raja Muda Selangor (RMS) ketua pasukan Selangor jadi (pengadil) tak takut dialah? Tengku Muda Pahang ketua kepada Pahang, jadi (pengadil) pun tak takut?,” katanya. 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)