Jumpa maut dalam gaung selepas 3 hari hilang


Jumpa maut dalam gaung selepas 3 hari hilang

"Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu terjawab apabila ditemukan maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung"

Mersing: Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu terjawab apabila ditemukan maut selepas kereta dipandu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 25, Jalan Kota Tinggi-Mersing di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 9.10 pagi berhubung penemuan Perodua Myvi berwarna biru dengan bernombor pendaftaran WC9129E itu.


Katanya, Zahari Zakaria, 62, dilaporkan hilang oleh anaknya sehari selepas bertolak dari rumahnya di Kemaman, Terengganu ke tempat kerjanya di Pasir Gudang dekat sini.

Menurutnya, mangsa tidak dapat dihubungi selepas 24 jam dan anaknya membuat laporan polis.


"Dalam kejadian Ahad lalu itu, mangsa dipercayai hilang kawalan kereta dipandunya dan terbabas di selekoh sebelum jatuh ke dalam gaung dan terbalik.

"Akibat kemalangan itu mangsa meninggal dunia di tempat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan.

Katanya, bagaimanapun pihaknya masih meneruskan siasatan dan menasihatkan pemandu jalan raya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh bagi mengelak kemalangan.


Terdahulu keluarga Zahari turut membuat hebahan di media sosial dengan meminta orang ramai mengesan bapanya yang gagal dihubungi.

Keluarganya mendakwa sudah menghubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan berkaitannya.

Keluarganya khuatir kereta bapa mereka terbabas di sepanjang jalan laluan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)