Jiran perangai hodoh...

Dipukul jiran selepas tegur air masuk rumah

"Kejadian berpunca akibat jiran mangsa telah menolak air paip menggunakan penyodok air ke kawasan rumah mangsa."

KLANG - Seorang penghuni rumah di Taman Bayu Emas, di sini cedera selepas dipukul menggunakan penyodok air oleh jirannya yang berang selepas ditegur kerana menolak air paip masuk ke rumahnya, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 pagi akibat perselisihan faham di antara mangsa dan jirannya.

Menurutnya, kejadian berpunca akibat jiran mangsa telah menolak air paip menggunakan penyodok air ke kawasan rumah mangsa.

"Perbuatan tersebut menyebabkan kemarahan mangsa dan seterusnya berlaku pergaduhan. Semasa pergaduhan itu, jiran (suspek) telah memukul mangsa menggunakan penyodok air yang diperbuat daripada besi.

"Tindakan itu mengakibatkan mangsa berusia 54 tahun mengalami luka di kepala dan menerima 15 jahitan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah menahan suspek pada jam 10.30 malam hari yang sama.

Katanya, suspek berusia 43 tahun itu kini direman tiga hari sehingga Rabu.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Siasatan akan dilengkapkan dalam masa terdekat dan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut," ujarnya.

Tambahnya, polis menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa mengamalkan nilai murni, memperkukuhkan semangat kejiranan serta mewujudkan suasana harmoni di kawasan perumahan bagi mengelakkan perselisihan faham sesama jiran.


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!