"Niat nak selamatkan nyawa pesakit namun bertukar tragedi..."
Satu kemalangan ngeri yang meragut 4 nyawa dirakam cctv di kaunter tol lebuhraya Byndoor-Shiroor, India apabila van ambulans yang bergerak pada kelajuan tinggi terbabas.
Van ambulans yang membawa pesakit dan 2 penumpang hendak bergegas ke hospital kerana pesakit berada dalam keadaan kritikal.
Niat untuk menyelamatkan nyawa pesakit bertukar tragedi apabila van ambulans yang bergerak pada kelajuan tinggi terbabas di kaunter tol.
Petugas tol yang menyedari van ambulans yang bergerak laju cuba mengalihkan pengadang tol untuk melepaskan van tersebut melepasi tol namun tidak berjaya.
4 dilaporkan maut manakala satu lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal. -Agensi