Mati ketika ‘merempit’ seperti bunuh diri, tempatnya di neraka

Mati ketika ‘merempit’ seperti bunuh diri, tempatnya di neraka

"Berbeza pula dengan mereka yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh." - Ustaz

PETALING JAYA – Seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, kebanyakan yang berlumba adalah sekadar untuk suka-suka dan hanya untuk keseronokan semata-mata.

“Budak-budak kita sekarang berlumba, buang brek, tak pasang lampu malam, meniarap atas motosikal.

“Itu semua haram dan seperti bunuh diri, terus masuk neraka,”katanya.

UAI berkata, berbeza pula dengan mereka yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh.

Tambah beliau, setiap permainan yang bukan sunah adalah makruh.

Namun jelasnya lagi, kebanyakan permainan ketika ini adalah haram kerana tidak mendatangkan faedah kepada seseorang itu contohnya seperti terjun bungee.

“Apabila terjun bungee ini apa yang kita dapat? Dapat seronok sahaja kan? Kalau seronok sahaja maka hukumnya haram kerana ia membahayakan.

“Berbeza dengan seperti kita belajar silat atau taekwando, bila kita kena lembing dan mati itu bukan bunuh diri sebab kita dapat ilmu untuk mempertahankan diri,”katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)