Kos makanan sihat cecah lebih RM4, rakyat disarankan berjimat


Kos makanan sihat cecah lebih RM4, rakyat disarankan berjimat

"Kenaikan harga barangan asas di dalam negara menyebabkan pengusaha kantin sekolah berhadapan tekanan untuk menyediakan makanan sihat dengan nutrisi seimbang."


SHAH ALAM - Kenaikan harga barangan asas di dalam negara menyebabkan pengusaha kantin sekolah berhadapan tekanan untuk menyediakan makanan sihat dengan nutrisi seimbang.

Setiausaha Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia (PPKSM), Siti Normah Md Desa berkata, perbelanjaan untuk menyediakan makanan sihat kini sudah mencecah lebih RM4 dengan 80 peratus daripadanya adalah bagi kos membeli bahan mentah.

Kos makanan sihat itu menurut beliau membabitkan menu hidangan terdiri daripada makanan utama yang dihidang bersama sayur, buah dan minuman susu.

Katanya, antara menu makanan utama dalam hidangan tersebut ialah sup makaroni, roti canai, roti telur hancur dan kacang panggang, ayam panggang dan kentang, bijirin sarapan pagi, kuih muih dan roti putih serta sup ayam atau sup ikan tenggiri.

“Kenaikan harga barang memang sangat menekan pengusaha kantin. Harga bahan mentah yang berkualiti memang tidak munasabah untuk dijual di kantin sekolah.

“Ini kerana kantin sekolah tidak boleh menjual makanan pada harga tinggi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Siti Normah berkata, sejak penghujung tahun 2021, kos perbelanjaan penyediaan makanan untuk pelajar meningkat antara 40 hingga 50 peratus berikutan kenaikan itu membabitkan bahan asas dan utama digunakan di dapur kantin sekolah.

“Untuk menyediakan sepinggan makanan sihat untuk pelajar, ia memerlukan hampir 70 peratus kos bahan mentah yang perlu dibeli segar,” jelas beliau.

Bagi mengatasi isu tersebut, Siti Normah berkata, kerajaan perlu mendapatkan satu kaedah jangka panjang seperti memberikan subsidi untuk bahan mentah asas kepada semua pengusaha kantin.

“Pemberian subsidi ini boleh dilakukan secara bersasar kerana pengusaha kantin memang ada perjanjian yang sah dengan sekolah. Jadi tiada isu pemberian subsidi ini disalahgunakan.

“Sekiranya kaedah ini dipertimbangkan oleh kerajaan, saya yakin semua pengusaha kantin mampu menarik nafas lega dengan situasi kenaikan harga barang ini,” ujarnya.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada Isnin mencadangkan agar kadar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi murid sekolah rendah dinaikkan kepada RM4 di Semenanjung Malaysia dan RM5 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peruntukan KPM sedia ada bagi RMT iaitu RM2.50 bagi murid di Semenanjung dan RM3 di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan kos bahan mentah.

1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!