Isteri hilang selepas keluar bekerja di pasar raya


Isteri hilang selepas keluar bekerja di pasar raya

"Semalam merupakan hari pertama dia bekerja di pasar raya tersebut dan pada jam 6 petang, saya datang untuk menjemputnya pulang tetapi isteri saya tidak muncul sehingga jam 8 malam."-suami

MERSING - Seorang lelaki sedang mencari isterinya yang hilang selepas keluar bekerja di sebuah pasar raya di bandar ini pada Rabu.

Mohd Saiful Nizam Hasan, 38, menghantar isterinya, Suhaily Mohd Isa, 34, bekerja di pasar raya tersebut pada jam 11 pagi.

"Semalam merupakan hari pertama dia bekerja di pasar raya tersebut dan pada jam 6 petang, saya datang untuk menjemputnya pulang tetapi isteri saya tidak muncul sehingga jam 8 malam.


"Susulan itu saya bertanya kepada pihak pengurusan pasar raya tersebut tetapi mereka memaklumkan isteri saya tidak bekerja di situ, malah semakan mendapati tidak ada nama isteri saya yang didaftarkan bekerja di situ," katanya ketika dihubungi pada Khamis.


Dia kemudian mencari isterinya di kawasan sekitar pasar raya tersebut sebelum menghubungi saudara, rakan, keluarga dan ibu bapa mentuanya bertanyakan tentang Suhaily.


Namun katanya, mereka semua tidak mengetahui keberadaan isterinya sebelum mengambil keputusan membuat laporan kehilangan Suhaily di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing pada jam 9 malam.


"Saya risau dengan keselamatan isteri saya, bimbang berlaku perkara tidak diingini, segala usaha mencarinya buntu sehingga kini. Telefon bimbitnya ditutup sampai sekarang dan saya tidak tahu mahu mencarinya di mana lagi," katanya.


Dia juga tidak dapat pergi bekerja kerana runsing mencari isterinya dan pada masa sama perlu menjaga serta menguruskan tiga anaknya yang berusia 11, lapan dan lima tahun.

Menurutnya, anak bongsu mereka kerap bertanya bila Suhaily akan pulang ke rumah kerana rindukannya.

Dia berharap mana-mana pihak yang terjumpa isterinya supaya dapat memaklumkan kepada balai polis berhampiran atau menghubunginya menerusi talian 017 3246352.

1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!