VIDEO - Kucing disumbat dalam plastik untuk disembelih



Kucing milik pesakit Covid-19 disumbat dalam plastik untuk disembelih


"Klip menyayat hati itu menunjukkan sembilan beg plastik sampah besar diletakkan di tepi jalan dengan terdapat kucing-kucing pada bahagian dalamnya yang dilihat masih lagi bergerak."


SHANGHAI – Satu rakaman video yang memaparkan tindakan polis Shanghai menyumbat kucing hidup di dalam plastik sampah untuk disembelih menjadi tular di media sosial, lapor akhbar The Sun UK, semalam.


Klip menyayat hati itu menunjukkan sembilan beg plastik sampah besar diletakkan di tepi jalan dengan terdapat kucing-kucing pada bahagian dalamnya yang dilihat masih lagi bergerak.


Video itu dikongsi di Twitter beserta keterangan yang berbunyi ‘26 juta orang terkurung di Shanghai’.


“Orang ramai membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumah dan haiwan peliharaan milik  individu yang diuji positif Covid-19 sedang dikumpulkan untuk dibunuh dan disembelih di Shanghai.




“Ini yang berlaku di China,” tulis keterangan video.


Seramai 26 juta penduduk Shanghai telah dikenakan perintah berkurung yang sangat ketat selama lebih lima minggu dengan pihak berkuasa China membenarkannya sebagai satu cara untuk mengawal penularan kes Covid-19 di bandar itu.


Shanghai sedang bergelut untuk membendung wabak itu dengan lebih 20,000 kes Covid-19 sehari dilaporkan setakat ini. – Agensi


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)