Wartawan Sinar Harian meninggal dunia

KUALA TERENGGANU – Wartawan Sinar Harian, Rubiah Omar, 39, meninggal dunia kerana ketumbuhan dalam kepala pada Jumaat.







Rubiah yang bertugas di biro Terengganu sejak tahun 2009 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10 pagi di rumahnya di Kampung Gong Pak Maseh.





Suami Allahyarham, Ahmad Zamri Sulong, 62, berkata, isterinya dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 2 pagi Jumaat selepas tidak sedarkan diri.






“Selepas itu, keadaan arwah semakin kritikal. Kami bersetuju membawa arwah pulang pada jam 9.45 pagi sebelum disahkan meninggl dunia lima belas minit kemudian.

“Walaupun sedih dengan kematian mengejut ini, kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui di rumahnya pada Jumaat.




Rubiah menderita ketumbuhan dalam kepala sejak tahun 2016 dan sering mendapat rawatan di HSNZ.




Allahyarham disifatkan sebagai insan yang kuat dalam berjuang melawan penyakitnya sejak disahkan menghidap penyakit itu.




Rubiah yang merupakan lulusan Sarjana Sastera (Komunikasi) Universiti Sains Malaysia (USM) mula menyertai Sinar Harian pada tahun 2009 dan bertugas di Terengganu.




Sepanjang tempoh 12 tahun berkhidmat, Allahyarham banyak membuat laporan berita mengenai komuniti, kemasyarakatan, jenayah dan mahkamah.




Beliau turut menerima penghargaan daripada pelbagai pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).





Allahyarham yang meninggalkan dua anak lelaki berusia sembilan dan tujuh tahun disemadikan di Tanah Perkubuhan Islam Kampung Panji Alam selepas solat Asar.



sumber: wowberita



PERHATIAN! Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri




Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share , Supaya Ramai Lagi Yang Mendoakan , Al-Fatihah.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)