VIDEO - Tidak lari, cuma pergi balai polis sahaja

 


Tidak lari, cuma pergi balai polis sahaja

Pemandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang videonya tular dikatakan melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jambatan Asajaya, di sini rupanya lari ke balai polis kerana bimbang keselamatannya

ASAJAYA: Pemandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang videonya tular dikatakan melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jambatan Asajaya, di sini rupanya lari ke balai polis.


Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu.


Jelasnya, lelaki berusia 29 tahun itu terpaksa beredar dari lokasi kejadian kerana risau akan keselamatan dirinya.


"Hasil siasatan, dia tiada niat hendak melarikan diri tetapi situasi di lokasi kejadian dan risau sekiranya dia dipukul menyebabkan dia terus beredar menghala ke balai polis berhampiran.


"Laporan polis dari kedua-dua pihak juga telah diterima di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Terdahulu telah berlaku kemalangan membabitkan dua buah kereta di selekoh jambatan tersebut iaitu sekitar jam 4 petang pada 29 November lalu.


Kemalangan berlaku apabila 4WD tersebut yang bergerak dari arah Sadong Jaya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah kereta.


Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kemalangan tersebut.


Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59.








Shopee 12.12 Ada Semua!

seconds

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)