Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, tengkorak itu ditemui jam 9.55 pagi tadi bersebelahan tong sampah besar di kawasan pasar tani berkenaan.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati hanya terdapat bahagian kepala namun tiada bahagian tulang lain ditemui di sekitar lokasi kejadian.
"Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Unit Anjing Pengesan (K9) dipanggil untuk membantu siasatan.
"Bagaimanapun hasil pencarian oleh K9 di sekitar kawasan itu berdekatan tidak menemui cebisan kerangka lain atau bahan bukti lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Arriz Sham berkata, tengkorak yang ditemui itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk dibuat pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi.
Beliau berkata, jantina tengkorak itu dipercayai lelaki berusia lingkungan 40-an namun dipercayai bukan warga tempatan.
"Siasatan awal diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.