'Rumah baharu dihanyut banjir, bukan rezeki saya' - Ebby Yus


Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, bersyukur Allah masih lagi meminjamkan nyawa kepadanya meskipun harus menanggung kerugiaan sebanyak RM200,000 akibat kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Kuala Langat, Selangor musnah dihanyutkan banjir, semalam.



Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid dihubungi berkata dia tidak berasa ralat atau sedih dengan kejadian banjir yang meranapkan rumah impiannnya itu, tetapi bersyukur kerana Allah masih menyelamatkannya.





"Sebenarnya, satu jam sebelum kejadian banjir besar itu, saya bersama pembantu ada di dalam rumah berkenaan untuk meninjau kerja-kerja memasang kertas hiasan dinding, sekitar tengah hari semalam.




"Bagaimanapun, saya mendapat panggilan perlu membuat agihan bantuan di Kapar, Klang dan bergegas pergi meninggalkan kawasan itu yang kemudiannya kontraktor pula hubungi saya maklumkan banjir berlaku dan kedudukan rumah semakin senget.





"Kesemua tiga orang yang bekerja membuat rumah saya itu panik dengan keadaan berlaku kerana amat pantas dan saya hanya mampu minta mereka lari menyelamatkan diri dulu kerana nyawa lebih penting," katanya 






Ebby berkata kediaman dua tingkat dalam pembinaan akhir itu sudah mula dibina sekitar empat tahun lalu tetapi sering tertangguh kerana dia ditimpa sakit selama dua tahun termasuk pada masa sama tetap berdikit-dikit mengumpul wang hasil daripada kerjaya seninya.




"Saya membeli tanah di Kuala Langat itu mulanya secara kongsi bersama abang saya, enam tahun lalu. Saya memang nak dirikan rumah sendiri di situ yang wangnya dikumpul hasil dari titik peluh saya sebagai anak seni.




"Malah, pembinaan rumah yang rancak semula saya buat sejak tahun lalu hingga kini sering juga terhenti kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Jadi, ia memakan masa nak disiapkan.





"Bagaimanapun, sebenarnya hanya tinggal 10 peratus saja lagi nak siap dan saya pun dah merancang dapat masuk ke rumah baharu berkenaan pada Januari 2022 ini, namun hasrat saya tidak kesampaian.





"Allah mengatakan rumah itu bukan rezeki saya dan reda saja dengan apa yang sudah berlaku. Sesungguhnya semua ini milik Allah dan kita hanya sebagai peminjam saja. Jadi, Allah pentadbir seluruh alam," katanya.





Sudah meninjau keadaan rumahnya petang tadi, Ebby berkata hanya tinggal suku saja tanah kediaman itu kerana selebihnya sudah dibawa arus deras air sungai dalam banjir yang berlaku semalam.




Menurut Ebby, kawasan banjir juga bukan kali pertama berlaku di kawasan itu, namun kali ini adalah kejadian besar yang tidak diduga. Katanya, dia juga akur dengan risiko membeli tanah berdekatan kawasan sungai.




Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan kini difahamkan  masih menyewa rumah di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu. 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja