Mayat Ahmad Lais Hirraz Mohd Syara, 22, ditemui terapung di permukaan sungai oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan tinjauan dari atas jambatan pada 5.20 petang.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani ketika dihubungi berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan sejak Rabu oleh pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh dan PDRM.
"Pencarian menggunakan bot di sepanjang sungai selain pencarian di permukaan. Pada Khamis, operasi turut membabitkan Pasukan Penyelamatan di Air BBP Bukit Angin di kawasan sehingga satu kilometer dari lokasi hilang," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian dan diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.