Jenazah sembilan sekeluarga dikebumi hari ini

Shah Alam: Jenazah sembilan sekeluarga yang terkorban dalam kemalangan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, tengah malam tadi, akan dikebumikan hari Ini.







Adik kepada Allahyarham Norul Naziah Buyong, Nurul Atika, 33, berkata, urusan pengebumian semua jenazah dijangka dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.





"Lima daripada mereka termasuk Norul Naziah, 37, dijangka dikebumikan dalam satu liang lahad.





"Sementara, empat lagi termasuk bayi berusia 10 bulan akan dikebumikan secara berasingan apabila didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dilakukan pihak hospital," katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Shah Alam, semalam.




Katanya, jenazah akan disolatkan di sebuah surau di Seksyen 17 dan ahli keluarga akan menguruskannya secepat mungkin yang dijangka sebelum Zuhur.




Sementara itu, jenazah seorang lagi mangsa kemalangan, Mohamad Rahimi Rolex, 27, dijangka dikebumikan di tanah perkuburan sama, semalam





Difahamkan, hasil saringan ke atas jenazah Allahyarham mendapati negatif Covid-19.







Terdahulu, media melaporkan Norul Naziah dan lapan anaknya iaitu Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah Abd Razak, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3; dan Muhammad Raid Fathi yang berusia 10 bulan.




Kejadian berlaku ketika keluarga itu bersama suami dan bapa, Abdul Razak Majit, 50, dalam perjalanan pulang ke rumah di Padang Jawa, Klang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.





Bagaimanapun, anak lelaki mangsa yang berusia 14 tahun terselamat kerana tidak mengikuti keluarga berkenaan.





Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)