Dikecam ambil ‘oven’, wanita tampil dedah perkara sebenar


PETALING JAYA – Seorang wanita tampil menjelaskan perkara sebenar apabila mendapati dirinya tular di media sosial sehingga dikecam orang ramai.





Ia berikutan sekeping foto yang dimuat naik di laman Facebook Pen Dakwat Hitam memaparkan seorang lelaki membawa keluar sebuah kotak didakwa ketuhar bersama seorang wanita dari sebuah pasar raya.





Menerusi video berdurasi satu minit 15 saat yang dikongsikan di laman sosial largh_dawson, wanita tersebut menjelaskan, kotak itu digunakan bagi mengisi makanan yang ingin dibawa pulang.





“Saya ambil kotak itu untuk letak biskut dan sardin, bukannya ‘oven’ dalam dia.





“Kalau saya ambik, saya nak buat apa dekat rumah dan anak dah lapar sebab tiga hari tidak makan,” katanya.





Bagaimanapun, wanita tersebut turut meminta maaf kerana membuat orang ramai salah sangka dengan tindakannya itu.




Melalui perkongsian itu, rata-rata orang ramai turut bersimpati dan bersangka baik terhadapnya.




“Alhamdulillah, niat akak baik. Semoga dipermudahkan segala urusan kak,” kata Neilarmy.




“Minta maaf sebab saya salah sangka dan salah faham sebelum ini,” 



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja