Aksi bahaya kanak-kanak, wanita ditahan

Kajang: Seorang wanita ditahan polis hari ini kerana membiarkan penumpang melakukan aksi berbahaya di Jalan Reko, di sini.




Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu selepas tular di laman sosial.




Menurutnya, pemandu Perodua Alza yang membawa tiga kanak-kanak yang mengeluarkan separuh badan di bahagian penumpang hadapan dan penumpang belakang kiri dan kanan dalam keadaan kenderaan yang sedang bergerak.




"Tindakan ini satu tindakan yang boleh mendatangkan kemalangan serta membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain.




"Hasil siasatan pemandu kenderaan berkenaan adalah seorang wanita berusia 34 tahun," katanya dalam kenyataan media.





Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh tiga bulan atau denda yang boleh sampai RM500 atau kedua-duanya sekali.





Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Ahmad Rahmat Adnan ditalian 014-515 6933 dan balai polis yang berdekatan.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)