Wanita pecah rumah kena cekup, rupanya orang yang sama curi barang dalam kereta


Wanita pecah rumah kena cekup, rupanya orang yang sama curi barang dalam kereta


Alor Setar: Kegiatan licik seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan curi dalam bangunan di sekitar bandar raya ini berakhir apabila dia ditahan polis, semalam.

Terdahulu, polis turut mengesan satu hantaran melalui Facebook (FB) dan Tik Tok berkaitan seorang wanita yang disyaki memecah masuk sebuah kereta di pusat bandar.

Bagaimanapun pihak polis sedang mengesan pemilik kereta dalam media sosial berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan kes itu juga, pihaknya melakukan tangkapan terhadap suspek jam 1.30 tengah hari semalam dan mendapati wanita itu disyaki terbabit dengan kes pecah rumah dan curi dalam bangunan.

Beliau berkata, siasatan mendapati, pada 1 November lalu iaitu jam 11.49 pagi, Balai Polis Alor Setar menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan kes seorang wanita yang mencuri telefon bimbit dan wang tunai miliknya serta isteri bernilai RM4,000 di Taman Teratai Jingga, di sini.

"Susulan daripada itu, suspek ditahan pada jam 1.30 tengah hari semalam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai.

"Pada 2.43 petang semalam, kita turut menerima laporan polis daripada seorang lelaki berkaitan kes wanita yang mencuri beg silang yang mengandungi pas ID kerja (Kementerian Kesihatan Malaysia), tanda nama, pengecas telefon bimbit, pengecas jam tangan dan ubat-ubatan di klinik pergigian dalam bangunan di sebuah pasar raya di bandar ini, " katanya di sini, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, wanita itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun tiada rampasan barang kes, setakat ini.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja