VIDEO - Nyaris maut, budak panjat balkoni

Nyaris maut, budak panjat balkoni


“Tindakan budak perempuan itu sangat berbahaya, kalau ditakdirkan dia terjatuh mungkin tidak boleh diselamatkan kerana paras ketinggian blok itu sangatlah tinggi."


PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi tindakan seorang kanak-kanak perempuan dengan aksi berbahaya bermain di luar balkoni sebuah pangsapuri dipercayai berlaku di Selayang, Selangor.

Tindakan budak perempuan tersebut mengundang kerisauan orang ramai kerana ia mampu menyebabkan kemalangan maut jika kanak-kanak itu jatuh disebabkan paras ketinggian kawasan itu.

Menerusi sebuah video berdurasi 33 saat itu, budak perempuan berkenaan dengan jelas berdiri di hujung balkoni sambil melihat keadaan sekeliling sebelum bertindak memanjat semula pagar untuk masuk ke rumah.

Video berkenaan mendapat lebih 5,000 reaksi dan dihujani lebih 2,000 komen di media sosial Facebook.

Salah seorang pengguna @Hassan Noh berkata, tindakan kanak-kanak itu boleh membahayakan nyawa sendiri dan dia berpesan pada ibu bapa budak perempuan itu agar sentiasa peka dengan keadaan agar tidak menyesal di kemudian hari.

“Tindakan budak perempuan itu sangat berbahaya, kalau ditakdirkan dia terjatuh mungkin tidak boleh diselamatkan kerana paras ketinggian blok itu sangatlah tinggi.

“Kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut sila fokus pada tingkah laku anak-anak anda, jika berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini jangan menyesal di kemudian hari dan tunding jari pada orang lain,” ujarnya.

Sementara itu, @Sahbiah Acik berkata, dia memberi nasihat kepada ibu bapa yang menetap di kawasan perumahan seperti ini agar sentisa berjaga-jaga dan sentiasa pastikan pintu dan tingkap berkunci.

“Allahuakhbar, rumah macam ini memang kena lebih berjaga-jaga pesanan buat ibubapa, kalau jatuh nanti menangis tak berlagu mak ayah awak, lebih baik kunci dan letak kunci tinggi-tinggi jangan sampai anak boleh capai,” jelasnya. – K! ONLINE.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja