VIDEO - Anggota Polis kena saman



 Anggota Polis kena saman

Tindakan seorang anggota polis menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi mengundang padah apabila dia dikenakan saman bagi kesalahan itu.


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja



Ampang Jaya: Tindakan seorang anggota polis menunggang motosikal tanpa cermin sisi dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi mengundang padah apabila dia dikenakan saman bagi kesalahan itu.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya mendapati terdapat satu video menerusi aplikasi Tik Tok dimuat naik dalam akaun @haikaliskandr berkaitan seorang anggota ronda Balai Polis Ampang menunggang motosikal tanpa cermin sisi serta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi pada 5.30 petang, semalam.


"Susulan itu, kami mengambil tindakan berlandaskan undang-undang terhadap anggota terbabit dengan mengeluarkan saman trafik bagi kedua-dua kesalahan berkenaan.


"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan ditetapkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Terdahulu, satu video menerusi Aplikasi Tik Tok berdurasi 21 saat menunjukkan rakaman dipercayai daripada dua lelaki yang menaiki kenderaan memaklumkan anggota polis terbabit menunggang motosikal tanpa cermin sisi serta menggunakan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi yang tular di media sosial, semalam.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)