Reman penganggur terbabit kes bunuh teman wanita dilanjutkan


Reman penganggur terbabit kes bunuh teman wanita dilanjutkan


"Mayat wanita berusia 31 tahun itu dibungkus dengan beberapa lembaran kain sebelum ditanam sebelum ditemukan dua minggu kemudian susulan jasad ditemukan dalam keadaan reput."


Taiping: Tempoh tahanan reman terhadap penganggur yang terbabit dalam pembunuhan teman wanitanya yang mayatnya dijumpai ditanam berdekatan Sungai Jebong, di Kuala Sepetang, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula esok.

Majistret Mahkamah Taiping, Mohd Hairul Jemain membenarkan permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyambung reman suspek berusia 34 tahun itu yang juga orang pengawasan polis (OPP) hingga 13 November ini.

Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Suspek tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.40 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna oren.

Terdahulu pada 29 Oktober lalu, suspek ditahan kerana didapati melanggar syarat pengawasan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959, dikatakan dengan memotong gelang pengawasan.

Suspek seterusnya ditahan pada keesokannya dan direman tujuh hari bermula 31 Oktober lalu sehingga hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi disiasat mengikut Seksyen 302 KK kerana membunuh.

Perintah reman adalah bagi membolehkan siasatan berhubung kes bunuh seorang wanita yang mayatnya dijumpai tertanam dari paras kepala sehingga pinggang berhampiran kawasan Sungai Jebong, Kuala Sepetang, pada 27 Oktober lalu.

Mayat wanita berusia 31 tahun itu dibungkus dengan beberapa lembaran kain sebelum ditanam sebelum ditemukan dua minggu kemudian susulan jasad ditemukan dalam keadaan reput.

Penemuan tulang kaki manusia di tebing Sungai Jebong pada 27 Oktober lalu oleh seorang lelaki membongkarkan kejadian bunuh wanita itu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja