Lelaki dijumpai mati dalam kereta


Lelaki dijumpai mati dalam kereta

"Mangsa lelaki berusia 33 tahun dijumpai oleh bapanya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta sekitar jam 9 malam. 


MIRI: Seorang lelaki tempatan dijumpai mati dalam sebuah kereta di kebun Kampung Nelayan, Batu 5, Jalan Kuala Baram di sini malam pada Jumaat. 

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki dalam kereta terbabit. 

"Mangsa lelaki berusia 33 tahun dijumpai oleh bapanya sendiri dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta sekitar jam 9 malam. 

"Sejurus penemuan itu, keluarga mangsa kemudiannya menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai kejadian terbabit," kata Hakemal. 

Sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan ke atas mayat mangsa sejurus menerima makluman. 

"Siasatan awal ke atas mayat mangsa setakat ini didapati tiada kesan kecederaan.

"Setakat ini pihak kita klasifikasi kes ini sebagai mati mengejut (SDR)," ujarnya. 

Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Bilik Mayat Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya. 


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)