Lelaki curi tiang besi ditangkap

Lelaki curi tiang besi ditangkap

IPOH - Seorang lelaki yang dirakam sedang mencuri tiang besi di kawasan perumahan di sini sehingga tular di media sosial telah ditahan polis pada Ahad.


Warga tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah bangunan kosong di Manjoi sekitar jam 12.15 tengah malam selepas polis menerima laporan daripada orang awam.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam tangkapan itu polis turut menemui beberapa barangan kes.


Menurutnya, siasatan awal menunjukkan suspek melakukan perbuatan mencuri tiang besi di sekitar kawasan Manjoi dan Jelapang.


"Semakan lanjut mendapati, suspek ini memiliki 11 rekod jenayah lampau membabitkan pelbagai kesalahan termasuklah jenayah narkotik.


"Ujian saringan air kencing yang dilakukan mengesahkan lelaki terbabit positif dadah jenis morfin," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.


Beliau berkata, lelaki itu telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Dalam pada itu, Yahaya berkata, terdapat dua video berkaitan kes itu telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook bernama 'Acai D Raja' dan 'Info Santai Anak Utara' memaparkan seorang lelaki mencuri tiang besi walaupun tindakan itu telah ditegur orang awam.


"Susulan daripada video dan laporan dibuat, polis berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek.



Jom tengok apa yang Shopee offer untuk 12.12 ini!


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)