Bayi bertali pusat dibuang dalam semak


Bayi bertali pusat dibuang dalam semak

Bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di kawasan semak berhampiran sebuah rumah sewa

SONG: Bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai di kawasan semak berhampiran sebuah rumah sewa, Alban Nyuang, di Jalan Mission, hari ini.

Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Jalak ketika dihubungi berkata pihaknya menerima aduan daripada orang awam pada kira-kira jam 9 pagi.

Jelasnya, bayi yang masih sihat serta cukup sifat itu ditinggalkan tanpa seurat benang di kawasan semak berhampiran belakang rumah sewa terbabit.

"Bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai seorang lelaki berusia 32 tahun yang juga penyewa di rumah sewa berkenaan.

"Terdahulu, dia dan adiknya pergi ke belakang rumah sewa mereka selepas adiknya terdengar bunyi suara bayi menangis dari arah belakang rumah.

"Kira-kira 10 meter dari belakang rumah sewa, mereka telah menjumpai bayi berkenaan yang ditinggalkan di atas rumput dan daun kering," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Rowney, tersentak dengan penemuan itu, lelaki terbabit tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kemudian mengeluarkan bayi berkenaan dari kawasan semak dan dirujuk ke Klinik Kesihatan Song untuk mendapatkan rawatan.

Selain itu, ujar beliau, Jabatan Kebajikan Daerah Kapit turut dimaklumkan dengan penemuan bayi lelaki terbabit.

"Keadaan kesihatan bayi setakat ini baik dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil atau menghubungi Balai Polis Song di talian 084-777222," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja