VIDEO - Menyorok dalam kedai lepas ugut bakar kereta




Menyorok dalam kedai lepas ugut bakar kereta


"Menurutnya, semasa kejadian, suspek dipercayai menggunakan spanar sebelum memanjat dan memijak bahagian bumbung kereta adiknya malah mengugut untuk membakar kereta itu. Selain itu, suspek juga mahu mematahkan tangan wanita itu selepas mendakwa adiknya mengambil bahagian pusaka miliknya meskipun semua harta tinggalan bapa mereka sudah dibahagikan."


BACHOK – Seorang penagih dadah ditahan polis semasa bersembunyi di dalam sebuah kedai cermin mata di pekan Jelawat di sini hari ini selepas mengugut dan bertengkar dengan adik perempuannya mengenai hal-ehwal harta pusaka keluarga mereka.


Suspek yang berusia 30 tahun dicekup pada pukul 12 tengah hari tadi di dalam sebuah bilik kecil di premis tersebut selepas melarikan diri sejauh tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Seneng di sini.


Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan, Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan mendapati, suspek dipercayai bertengkar dan mengugut adik perempuannya yang berusia 28 tahun di rumah mereka pada pukul 6.45 pagi.


Menurutnya, semasa kejadian, suspek dipercayai menggunakan spanar sebelum memanjat dan memijak bahagian bumbung kereta adiknya malah mengugut untuk membakar kereta itu.


“Selain itu, suspek juga mahu mematahkan tangan wanita itu selepas mendakwa adiknya mengambil bahagian pusaka miliknya meskipun semua harta tinggalan bapa mereka sudah dibahagikan.


“Selepas kejadian itu, suspek dipercayai melarikan diri sejauh tiga kilometer dan bersembunyi di dalam bilik kecil di sebuah kedai cermin mata di pekan Jelawat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.


Menurut Mohamad Ismail, suspek yang memegang pemutar skru dan pisau bertindak mengugut polis sehingga memaksa pihak berkuasa menggunakan sedikit kekerasan sebelum berjaya menahan lelaki itu.


Ujarnya, tiada tebusan seperti tular di media sosial kerana semua pekerja premis cermin mata itu sudah menyelamatkan diri di kedai bersebelahan.




“Siasatan mendapati, suspek mengaku telah terlibat dalam kes mengugut dan melakukan perbuatan khianat terhadap adiknya.


“Polis turut merampas sebilah pisau, dua pemutar skru, empat bijil pil kuda, wang tunai RM515 dan sehelai seluar pendek berwarna biru. Ujian saringan air kencing turut mendapati, suspek positif dadah jenis methamphetmine,” katanya.


Mohamad Ismail berkata, siasatan turut mendapati suspek mempunyai lapan rekod lampau berkait kes pukul, ugut dan dadah.


Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, Subperaturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (tidak membawa kad pengenalan), Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (menggunakan senjata) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1957.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja