Telan 16 berus gigi, 3 paku atasi ketagihan pelik iaitu memakan tanah



Telan 16 berus gigi, 3 paku atasi ketagihan pelik iaitu memakan tanah


Keluarga Harish percaya dia dirasuk makhluk halus dan dengan memakan dua objek itu mampu memulihkan obses peliknya.


New Delhi: Doktor mengeluarkan 16 berus gigi dan tiga paku daripada perut seorang remaja di Uttar Pradesh di India, baru-baru ini.


Remaja terbabit dikatakan memakan objek itu bagi mengatasi ketagihan peliknya memakan tanah.


Harish Devi, 14, memakan objek itu selepas dinasihatkan seorang pakar yang mendakwa tindakan itu boleh merawat ketagihannya.


Keluarganya juga percaya Harish dirasuk makhluk halus dan dengan memakan dua objek itu mampu memulihkan obses peliknya.


Namun, selepas makan berus gigi dan paku, Harish mula berasa sakit pada abdomen.




Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital tempatan untuk menerima rawatan lanjut.


Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati kesakitan yang dialami itu disebabkan objek pelik yang dimakannya.


Doktor kemudian terpaksa menjalankan pembedahan segera bagi mengeluarkan berus gigi dan paku berkenaan.


Selepas selesai pembedahan, kesihatan remaja itu semakin pulih.


Menerusi gambar yang dikongsi, terdapat beberapa berus gigi dan paku dikeluarkan dari dalam perut remaja itu.


Seorang doktor juga dilihat memegang imbasan sinar X yang menunjukkan kedudukan paku di tengah tubuh Harish.


Harish juga masih menerima rawatan susulan selepas pembedahan itu selesai dijalankan.


Kejadian perubatan pelik ini berlaku seminggu selepas seorang wanita berusia 70 tahun melahirkan bayi dan menjadi ibu tertua di dunia.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)