Nenek 74 tahun jadi mangsa rogol, bunuh


Nenek 74 tahun jadi mangsa rogol, bunuh

JAKARTA – Seorang lelaki dari daerah Samosir dalam wilayah Sumatera Uta dora berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana merogol dan membunuh seorang nenek berusia 74 tahun, lapor laman berita Suara.com semalam.

Suspek yang hanya dikenali sebagai ARH, 35, melakukan jenayah tersebut di rumah mangsa ketika dalam keadaan mabuk.

Menurut pegawai penyiasat dari Unit Siasatan Jenayah Polis Samosir, Asisten Komisioner Polis Suhartono, dalam kejadian yang berlaku pada 29 September lepas, suspek telah pergi ke rumah mangsa selepas meminum arak.

Mangsa yang sedang tidur membuka pintu rumahnya dan menyuruh suspek yang merupakan rakan kepada salah seorang ahli keluarganya tidur di rumahnya sementara dia kembali tidur di dalam biliknya.

Kira-kira pukul 1 pagi, suspek secara tiba-tiba masuk ke dalam bilik mangsa dengan memanjat dinding dan cuba memperkosa mangsa.

Mangsa yang cuba melawan kemudiannya dicekik oleh suspek sehingga meninggal dunia.

“Ketika menyedari bahawa mangsa telah meninggal dunia, suspek bertindak merogol mayatnya dan menyambung tidur sebelum keluar dari rumah itu sekitar pukul 6 pagi,” kata Suhartono.

Ahli keluarga yang berasa curiga kerana mangsa tidak keluar dari rumah kemudiannya membuka pintu bilik mangsa sebelum menemui mayatnya.

“Suspek ditangkap ketika ingin melarikan diri beberapa jam selepas kejadian,” kata Suhartono.

Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun atas kesalahan membunuh. – AGENSI

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)