Gadis pandu lawan arus dipenjara 5 tahun, denda RM 18,000


Gadis pandu lawan arus dipenjara 5 tahun, denda RM 18,000

"Mahkamah Tinggi Butterworth di sini hari ini menolak rayuan seorang model sambilan, Ng Pei Ven, 23, yang didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang jurutekni"

SEBERANG PERAI – Mahkamah Tinggi Butterworth di sini hari ini menolak rayuan seorang model sambilan, Ng Pei Ven, 23, yang didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang juruteknik pada Mac 2017.

Hakim Datuk Amirudin Abd. Rahman mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini yang dijatuhi pada Jun tahun lalu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan setiap intipati pertuduhan bahawa dia memandu kereta Proton Gen 2 nombor pendaftaran PFX 5685 dan secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi Rosli.

Justeru, hakim mengekalkan hukuman asal iaitu penjara selama lima tahun, denda RM18,000 dan hilang kelayakan lesen memandu daripada tarikh sabitan.

Hakim mendapati, keputusan hukuman sebelum ini adalah mengikut undang-undang dan tidak melampau terhadap Pei Ven.

Pada penghakiman berkenaan Amirudin berkata, kesalahan yang dilakukan perayu adalah sangat serius dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Mahkamah turut memikirkan kepentingan awam dan hukuman yang dikenakan adalah berbentuk literal iaitu dapat mencegah tertuduh dan orang awam lain, selain memberi pengajaran terhadapnya.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainy Suhailah Yunus, manakala tertuduh diwakili peguam Cheah Eng Soon.

Difahamkan, tertuduh membayar denda tersebut, manakala dia dihantar ke Kompleks Penjara Seberang Perai di Jawi, Nibong Tebal di sini hari ini bagi menjalani hukuman.

Pada Jun tahun lalu, Mahkamah Majistret Bukit Mertajam membenarkan permohonannya untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan didengar di Mahkamah Tinggi dan menaikkan jaminan daripada RM7,000 menjadi RM12,000.

Terdahulu, pada 24 Mac 2017, gadis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Mohamad Fandi di Lebuh Raya Utara-Selatan, arah utara kira-kira pukul 7.50 pagi, 14 Mac 2017.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000.

Dalam kejadian itu, mangsa maut selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandunya bertembung dengan kereta yang dipandu Pei Ven secara melawan arus di Kilometer 134, dekat Permatang Pauh.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Sungai Petani, Kedah.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja