SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Meninggal dunia selepas terjatuh di pasar

Meninggal dunia selepas terjatuh di pasar

Sungai Petani: Lelaki meninggal dunia selepas dia jatuh secara tiba-tiba ketika berjalan di Pasar Tikam Batu, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun dan bekerja sendiri dilihat terjatuh oleh seorang peniaga di pasar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, peniaga terbabit yang melihat mangsa tidak bangun selepas terjatuh terus menghubungi hospital.

"Kakitangan hospital tiba di lokasi dan pemeriksaan lanjut mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

"Petugas kesihatan juga tiba untuk melakukan proses sanitasi dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat," katanya.






Menurutnya, pemeriksaan lanjut di badan mangsa tidak menemui sebarang kesan luka atau lebam dan tiada sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kematian lelaki terbabit.

"Hasil keterangan isteri mangsa, wanita terbabit memberitahu yang suaminya menghidap kencing manis dan darah tinggi.

"Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut dan ujian saringan Covid-19 akan dilakukan sebelum bedah siasat," katanya.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!