VIDEO - Lelaki ditahan pandu lawan arus di KESAS


Lelaki ditahan pandu lawan arus di KESAS

"Lelaki tempatan berusia 36 tahun itu turut dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol."

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki disyaki memandu secara lawan arus di Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata berdasarkan hasil ujian, lelaki tempatan berusia 36 tahun itu turut dipercayai memandu bawah pengaruh alkohol.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 12 tengah malam berhubung sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna emas dikesan dipandu secara lawan arus di lebuh raya berkenaan.

"Suspek dipercayai memandu secara lawan arus sejauh tiga kilometer (km) dari susur Bandar Puteri hingga ke Plaza Tol Kota Kemuning, iaitu dari KM23 hingga KM20 arah Shah Alam.

"Suspek ditahan di lokasi oleh peronda lebuh raya (EMPV) sebelum dibawa ke Balai Polis Trafik Klang Selatan untuk tindakan lanjut.

"Hasil ujian mendapati ada alkohol dalam badan lelaki itu," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah, namun memiliki tiga rekod saman trafik kerana terbabit kes kemalangan sebelum ini.

Katanya, suspek memberi kerjasama dalam siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Terdahulu, satu rakaman video tular menunjukkan sebuah kereta dipandu secara lawan arus di lebuh raya terbabit.




Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku, dengan beberapa kenderaan lain dilihat berjaya mengelak kereta suspek yang dipandu di lorong kanan lebuh raya itu.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)