VIDEO - Jemaah wanita kejar pencuri beg tangan


Jemaah wanita kejar pencuri beg tangan

Tindakan suspek yang tidak sengaja terpijak sebahagian kain telekung mangsa kedua yang solat di saf belakang membuatkan wanita itu tersedar beg tangannya dicuri.

KUALA TERENGGANU – Jemaah wanita yang khusyuk solat subuh berjemaah dikejutkan dengan kehadiran seorang pencuri di Masjid Jamek Pengadang Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 pagi itu, lelaki yang menutup sebahagian wajahnya dengan sehelai jaket sempat melarikan dua beg tangan milik jemaah wanita berusia 40-an.

Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Pengadang Baru, Asli Muhammad berkata, perbuatan suspek tersebut disedari salah seorang mangsa yang kemudian cuba mengejarnya.

“Berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), suspek yang berbaju hijau muda memasuki ruangan solat jemaah wanita dari pintu di sebelah kiri masjid.

“Dia menunggu sehingga sehingga semua jemaah sedang sujud rakaat terakhir sebelum mengambil beg tangan kedua-dua mangsa yang solat di saf terakhir dan kedua terakhir,” katanya.

Asli berkata, tindakan suspek yang tidak sengaja terpijak sebahagian kain telekung mangsa kedua yang solat di saf belakang membuatkan wanita itu tersedar beg tangannya dicuri.

Ujarnya, wanita berusia 50-an itu kemudiannya bertindak mengejar lelaki tersebut hingga ke pekarangan masjid namun gagal menangkapnya.

“Saya difahamkan suspek berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta yang sudah sedia menunggu di luar pagar masjid.

“Kedua-dua mangsa memaklumkan mereka kehilangan barangan berharga dianggarkan bernilai kira-kira RM1,000” katanya.




Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din yang dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)