Alangkah pilu perasaan seorang suami dimana saat menerima satu ujian yang berat dari Allah S.W.T apabila isteri beliau yang telah dijangkiti virus c0vid19, malah telah ditidurkan dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir.
Namun kuasa Allah, bapa kepada 7 orang anak itu, menerima cahaya mata baru yang sempat diselamatkan sebelum ibunya ditidurkan.
Sebelum ini, Mohd Shahril usia 41 tahun disahkan p0sitif virus itu setelah k0ntak rapak dengan isterinya Allahyarhamah Hasmira pada waktu itu sarat mengandung lebih dari 7 bulan. Cahaya mata baru mereka sempat dilahirkan secara 0perasi di hospital.
Pada 20 Ogos, ini ialah hari yang menyedihkan buat Shahril dan 7 orang anaknya apabila ibu tercinta pergi bertemu dengan Maha Pencipta. Namun, yang lebih menyayat hati ialah cahaya mata mereka baru sahaja lahir selama dua minggu, ibunya pergi meninggalkan tujuh orang anaknya dan juga suami tercinta. Menurutnya, isterinya dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos dan ditidurkan pada 7 Ogos.
Mohd Shahril Hakimi yang lebih mesra dengan Kimi sempat berkata bahawa dia langsung tidak pernah menyangka bahaya simt0m simt0m yang dihadapi oleh isterinya itu ialah gejala serius akibat virus ini. Pada awalnya, isteri Kimi ada gejala seperti hilang deria rasa dan bau termasuklah batuk berpanjangan berhari hari.
“Tambahan Kimi lagi, “Saya sebenarnya anti-vaksin kerana ragu ragu akan kewujudan virus ini sehinggalah ia terjadi kepada keluarga saya sendiri”
“Akibat risau akan kesihatan isteri saya yang semakin teruk, saya bergegas bawa isteri ke Klinik Kesihatan Nilai untuk pemer1ksaan disitu. Namun, setelah saringan dibuat, saya tertunduk dan tidak percaya yang isteri saya p0sitif, hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya waktu itu”