Ramai alami masalah mata bila PKP terutama kanak-kanak dan remaja


PETALING JAYA – Penggunaan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer melebihi empat jam sehari menyebabkan rakyat negara ini berdepan masalah mata.


Pegawai optometri, Nadiah Ra­shidi berkata, rutin hari­an menggunakan gajet sehingga 12 jam sehari terutamanya di musim pandemik Covid-19 menyebabkan bilangan individu yang mempunyai masalah mata bertambah.


“Berdasarkan pemerhatian, mereka yang mendapat­kan rawatan mata termasuk un­tuk membuat cermin mata baha­ru me­ningkat lebih tiga kali ganda dalam dua tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu.


“Kebanyakan mereka terpaksa membuat cermin mata baharu dan ada juga yang menambah kuasa cermin mata sedia ada berikutan menghadapi masalah penglihatan dipanggil Digital Eye Strain (DES),” katanya kepada Kos­mo! di sini semalam.


Menurut Nadiah, gejala DES merupakan gangguan penglihatan dan kesihatan mata yang mana keadaan itu berpunca daripada pendedahan terlalu lama kepada gajet berskrin se­perti te­lefon pintar dan komputer.


“Seseorang yang mengalami DES akan mudah berasa pe­ning, pandangan menjadi kabur, wujudnya imej berganda, mata pedih, penat dan seakan-akan terbakar.


“Untuk tempoh dua tahun ini, kumpulan yang paling ramai membuat cermin mata baharu adalah pelajar sekolah dan pelajar universiti kerana mereka yang terlalu lama menggunakan gajet termasuk untuk pembelajaran secara online.


Nadiah turut mendedahkan, beliau berdepan dengan situa­si terdapat seorang pelajar terpaksa menambah kuasa cermin mata melebihi 300 peratus lantaran terlalu lama menatap gajet semasa musim PKP.


“Pada awalnya, pelajar terbabit ha­nya menggunakan cermin mata dengan kuasa lensa 100, namun selepas enam bulan PKP dikuatkuasakan, kuasa bertambah sehingga 400,” jelasnya.


Seorang lagi pakar optometri, Shahrizal Redwan pula memberitahu, peningkatan individu menggunakan cermin mata di musim PKP banyak dipengaruhi oleh gejala DES.

 

“Antara golongan yang pa­ling berisiko terkena DES adalah pelajar sekolah memandang­kan mereka menghabiskan banyak masa menggunakan peranti termasuk me­ngikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).


“Sebelum ini, risiko pelajar berdepan DES memang ada, tetapi ketika PKP mereka menggunakan gajet lebih lama iaitu 8 hingga 12 jam sehari sekali gus mewujudkan risiko tinggi kepada gejala tersebut,” katanya.


Jelas Shahrizal, gejala DES bukan sahaja menyebabkan kesihatan mata tergganggu, malah berupaya memberi impak kepada pencapaian pelajar.


Sementara itu, Pakar Perun­ding Pediatrik Oftalmologi, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Chin Pik Kee menjelaskan, tempoh lama penggunaan peranti elektronik menyebabkan masalah seperti sakit kepala, ketegangan dan iritasi mata selain penglihatan kabur.


“Apabila terlalu lama melihat pada skrin, mata seseorang akan menjadi tegang seterusnya mewujudkan masalah kabur apabila melihat pada jarak jauh.


“Mereka ini juga berisiko juling akibat tabiat tersebut. Jadi, saya menasihati orang ramai supaya mengehadkan masa penggunaan gajet elektronik dan memilih aktiviti bebas berban­ding menonton laman YouTube semasa waktu lapang,” jelas beliau.


Dr. Chin turut menasihati pe­lajar yang mengikuti PdPR agar berehat bagi setiap 20 minit selepas melihat skrin dan melakukan regangan ringkas.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)