SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Penunggang motosikal maut diseret lori, adiknya cedera parah


Penunggang motosikal maut diseret lori, adiknya cedera parah

TEMERLOH – Seorang penunggang motosikal maut manakala adiknya yang membonceng motosikal cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 139 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu menyaksikan mangsa, T. Vellasamygaenesan, 29, terperosok di bawah lori dan diseret kira-kira 10 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh, Superintendan Roslee Omar berkata, kejadian kira-kira pukul 3.15 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kilang Papan Batu 5 Mentakab ke kawasan Perindustrian Mentakab.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori nampak motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan masuk ke laluannya dan cuba mengelak ke kiri jalan tetapi jarak terlalu hampir menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.

“Akibat kejadian, penunggang motosikal diseret kira-kira 10 meter dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng mengalami kecederaan parah,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Roslee mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Sementara itu beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih giat dijalankan.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.