SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Maut terkena renjatan elektrik di atas pokok rambutan

Maut terkena renjatan elektrik di atas pokok rambutan

 


Maut terkena renjatan elektrik di atas pokok rambutan

KANOWIT: Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik ketika berada di atas pokok pada ketinggian kira-kira 35 kaki di Jalan Lukut/Penyulau.

Ketika kejadian hujan renyai, pokok licin serta berhampiran dengan kabel elektrik menyukarkan usaha pihak bomba yang cuba menurunkan mangsa.

Mangsa di kenal pasti, Ting Siew Kiong berusia 52 tahun.



Bomba terpaksa meminta bantuan daripada pihak SESCO untuk memutuskan bekalan elektrik sebagai langkah keselamatan dan bantuan Hydraulic Sky Lift Crane Cage milik kontraktor SESCO untuk menurunkan mangsa.

Bomba dan Penyelamat Kanowit dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan khidmat khas menurunkan mangsa terkena renjatan elektrik di atas pokok sekitar jam 3:59 petang tadi.

Menurutnya, mangsa berjaya diturunkan oleh dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di tempat kejadian.

"Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Kredit: Sana Sini Sinun


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.