Mati lemas ketika mahu betulkan umpan tersangkut


Mati lemas ketika mahu betulkan umpan tersangkut

KUALA TERENGGANU – Keseronokan tiga sahabat keluar memancing bersama-sama sempena cuti Hari Malaysia bertukar tragedi selepas salah seorang mati lemas di dasar Sungai Nerus berhampiran Kampung Kesom, Manir, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa, Mohd. Amir Rosli Mohd. Razali, 25, dihanyutkan arus deras ketika cuba menyeberang sungai berkenaan bagi membetulkan umpan yang tersangkut.

Salah seorang sahabat mangsa, Ahmad Syukri Abdul Aziz, 23, berkata, dia dan adiknya, Ahmad Azim, 18, cuba membantu dengan menghulurkan joran dan dahan bagi membolehkan mangsa berpaut, namun gagal.

“Arwah memang kaki pancing dan sudah lama kami merancang untuk memancing bersama-sama. Namun ini kali pertama dia bawa kami ke lokasi ini yang berhampiran dengan rumahnya.

“Sewaktu turun ke sungai, mangsa sempat berpesan agar kami tunggu di tebing kerana hanya dia yang pandai berenang namun dia tiba-tiba menjerit meminta tolong sebaik tiba di tengah sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Ahmad Syukri berkata, Mohd. Amir Rosli kemudiannya hilang dihanyutkan arus deras lalu mereka bergegas meminta bantuan penduduk kampung.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, dua penyelam bomba telah menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap pukul 1.15 petang di dasar sungai pada kedalaman 10 meter.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


Iklan

Shopee 1.1

Shopee 1.1 New Year Sale!

Pelbagai barangan dengan harga teristimewa hanya di Shopee


Olymtrade

Buat Duit sehingga USD 60 ke USD 300 setiap hari

FREE JOIN

Siapapun boleh jana pendapatan secara online dimana saja anda berada guna fon jer. Join sekarang FREE ja