Doktor terlampau, kantoi rakam video pembantu wanita dalam tandas


Doktor terlampau, kantoi rakam video pembantu wanita dalam tandas

Petaling Jaya: Seorang doktor lelaki ditahan polis selepas merakam video di dalam tandas wanita di sebuah klinik swasta miliknya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 2.30 petang daripada wanita berusia 30 tahun.

Menurutnya, wanita itu mendakwa doktor berusia 46 tahun yang juga majikannya itu merakam kelakuannya di dalam tandas dengan menggunakan telefon bimbit.

Katanya, mangsa yang bekerja selama enam tahun sebagai pembantu klinik di klinik swasta itu mengatakan ketika dia masuk ke tandas pada 2 petang terlihat sebuah telefon bimbit di kedudukan tinggi dalam keadaan kamera terbuka.

"Mangsa terus mengambil telefon bimbit itu dan mengecam ia milik majikannya (doktor terbabit).

"Mangsa yang terkejut, malu dan terganggu dengan kejadian ini, terus mencapai beg tangannya ingin keluar dari klinik," katanya dalam kenyataan malam ini.

Namun, Mohamad Fakhrudin berkata, tindakan mangsa yang ingin keluar dari klinik secara tergesa-gesa disedari oleh suspek dan terus dihalang.





"Suspek juga meminta dipulangkan kembali telefon bimbit itu kepadanya dan berjanji akan menghapuskan rakaman itu di hadapan mangsa.

"Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit itu kepada suspek sebelum lelaki itu memadamkannya, namun mangsa tidak melihat apa yang dihapuskan oleh suspek," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan risikan maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan suspek pada 7.30 malam, hari sama.

"Telefon bimbit Redmi MI 9T Pro milik suspek juga turut dirampas untuk membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 509/377d Kanun Keseksaan," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)