Berani orang conteng ‘King’

Berani orang conteng ‘King’

PETALING JAYA – Satu gambar sebuah Perodua Myvi berwarna hijau dengan kesan contengan kini tular di media sosial sejak semalam.

Satu perkongsian di laman Facebook Mekanika hari ini menyaksikan kereta yang diberi nama jolokan ‘king’ itu telah diconteng menggunakan pen marker.

Kejadian yang tidak dipastikan lokasinya itu didakwa dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab mungkin kerana tidak berpuas hati kepada pemiliknya.

Rata-rata orang ramai geli hati dengan satu kesan contengan yang tertulis “Gewe kawe, bini ore” (kekasih aku, bini orang).

“Aku tak pasti apa sebab kereta ini diconteng, tapi perkataan itu (gewe kawe, bini ore) buatkan hari ni aku ceria walaupun i-Citra tak masuk lagi,” jelas Pakandak78.

“Berani budak-budak Honda conteng kereta King ni, tahu tak king boleh dibawa di mana-mana tidak kira masa,” jelas Jo Rahman. – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)