Bapa lempar anak ke dalam sungai
Jambi - Tular video berdurasi 30 saat di sosial media memperlihatkan seorang bapa memukul anaknya dengan selipar sebelum bertindak melempar anaknya itu ke dalam sungai.
Tindakan lelaki itu dikecam netizen sebagai tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana bapa terhadap anaknya.
Punca kemarahan lelaki itu belum dikenalpasti. Namun menurut komen netizen kanak-kanak itu pulang lewat ke rumah.
Walaubagaimanapun lelaki tersebut sudah ditahan pihak polis selepas beberapa hari video itu tular. - Agensi