SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Wanita didenda RM4,000 kerana menyundal di Kuala Pilah



Wanita didenda RM4,000 kerana menyundal di Kuala Pilah

KUALA PILAH: Seorang wanita didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di daerah ini pada 1 Ogos lalu.


Tertuduh, Junaidah Michael Reni Martin, 31, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Saiful Sayoti.


Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Sarawak itu, mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah hotel yang terletak Pusat Komersial Melang dekat sini, jam 11.50 pagi pada 1 Ogos lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur'Atiqah Sapari, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Susulan pengakuan bersalah oleh tertuduh, Saiful mengenakan denda RM4,000 atau empat bulan penjara sekiranya gagal membayarnya.


Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, seorang lelaki yang juga bapa ayam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menjadi orang tengah bagi aktiviti pelacuran.


Tertuduh, Lim Kevis, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.


Mengikut pertuduhan, dia didakwa bertindak sebagai orang tengah bagi aktiviti persundalan ke atas Junaidah Michael Reni Martin, pada tarikh, masa dan tempat sama.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(f) Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda.


Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Anak Manan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.


Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi serta melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan.


Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 September depan.


Sebelum ini, kes tangkapan wanita ini menarik perhatian ramai susulan seorang pelawak tempatan turut ditahan polis bagi membantu siasatan


SUMBER : Berita Harian


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.