SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

VIDEO - Lelaki meninggal dunia selepas rebah di hadapan restoran, Mati mengejut...



Lelaki meninggal dunia selepas rebah di hadapan restoran

Sungai Petani: Seorang lelaki rebah sebelum meninggal dunia di hadapan sebuah restoran di Taman Keladi di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku pada 7.15 pagi selepas seorang pelanggan melihat mangsa rebah dan tidak sedarkan diri sebelum dia memberitahu pemilik restoran.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, melihatkan kejadian itu pemilik restoran berkenaan menghubungi pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan bantuan.

Menurutnya, kakitangan HSAH yang tiba di lokasi dan melakukan pemeriksaan sebelum mengesahkan lelaki berusia 57 tahun itu sudah meninggal dunia.

"Hasil keterangan pemilik restoran, dia mendakwa lelaki terbabit adalah pelanggannya dan akan datang setiap 7 pagi untuk membeli makanan sebelum ke tempat kerja.

"Siasatan polis mendapati lelaki berkenaan bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Kulim, Kedah," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, isteri lelaki terbabit memberitahu kali terakhir dia bertemu suaminya sebelum mangsa keluar ke tempat kerja pada 6.45 pagi hari ini.

"Isterinya mendakwa lelaki itu sebelum ini ada mengadu dia tidak sedap badan namun tetap berkeras mahu pergi ke tempat kerja.

"Wanita berkenaan juga memberitahu, walaupun tidak sihat namun suaminya tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital dan memang menjadi rutin lelaki itu membeli sarapan di premis terbabit sebelum ke tempat kerjanya," katanya.

Adzli berkata, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.




"Proses sanitasi sudah dilakukan di lokasi dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat selepas mendapat keputusan ujian Covid-19," katanya.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!