Tragedi Yan - Mayat keempat kejadian kepala air ditemui petang ini


Mayat keempat kejadian kepala air ditemui petang ini

YAN – Seorang mangsa yang dilaporkan hilang akibat dihanyutkan kepala air akibat limpahan air dari Gunung Jerai dalam kejadian semalam ditemui pada petang ini.

Mayat mangsa, Mohamad Faizal Zohir, 28, ditemui di kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang kira-kira  pukul 3.10 petang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa menggunakan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, penemuan mayat itu menjadikan keseluruhan mangsa maut setakat ini seramai empat orang

“Usaha mengesan dua lagi mangsa yang dilaporkan hilang iaitu Ridwan Poniman dan Ku Shuib Ku Abdullah masih diteruskan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di kawasan peranginan Air Terjun Titi Hayun di sini hari ini. – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)