Suami isteri pekak, bisu nyaris maut rumah terbakar

Suami isteri pekak, bisu nyaris maut rumah terbakar

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) nyaris maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kota Kemuning di sini awal pagi Ahad.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 4.17 pagi melibatkan kebakaran rumah dua tingkat berkeluasan kira-kira 400 meter persegi yang terbakar sebanyak 50 peratus di tingkat bawah.

Beliau berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang tiba di lokasi kejadian sejurus selepas itu berjaya memadamkan api serta mengeluarkan mangsa terperangkap di dalam rumah.

"Ketika kejadian, suami isteri bisu dan pekak berusia 39 serta 31 tahun itu ditemui berlindung dalam tandas.

"Isterinya yang mengalami sesak nafas telah diserahkan kepada pasukan perubatan untuk diberikan rawatan lanjut," kata beliau di sini pada Ahad.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)