Suami cemburu buta hiris muka istri kerana istrinya berbalas komen dengan lelaki lain di sosial media

 



Suami cemburu buta hiris muka istri kerana istrinya berbalas komen dengan lelaki lain di sosial media 

AWAS ADA KANDUNGAN GAMBAR YANG MUNGKIN TIDAK SESUAI DILIHAT OLEH ANDA!



Seorang suami cemburu dilaporkan menghiris wajah isterinya sehingga parah setelah mendapati istrinya membalas komen seorang lelaki pada gambarnya di Instagram.






Mesut Öztürkmen, 45, dilaporkan pergi menemui isterinya, Anna Butim, 28, setelah dia menyiarkan gambar di media sosial bersama kakaknya di sebuah pusat membeli-belah di Istanbul, Turki. Setibanya di sana, dia melihat Anna berbalas komen pada gambarnya dengan lelaki lain. Dia kemudian menyerang istrinya dengan objek tajam, menurut laporan.


Saksi yang terkejut melihat keadaan Anna kemudian memanggil perkhidmatan kecemasan dan dia dikejarkan ke hospital untuk merawat kecederaannya.


Bahagian kanan wajahnya lumpuh setelah saraf yang mengawal otot rosak semasa kejadian ganas itu, menurut media Turki.


Anna, yang berasal dari Ukraine, mengingatkan kejadian ngeri itu ketika bercakap dengan media Turki.


"Saya merasakan pukulan ke wajah saya dan melihat darah mengalir di mana-mana.


"Saya yakin dia akan membunuh saya. Saya terluka seumur hidup."


Menurut Anna, perkahwinan itu tidak akan bertahan lama kerana Mesut selalu cemburu padanya dan selalu marah.


Setelah kejadian itu, suaminya melarikan diri dan masih diburu pihak polis. - Agensi

LOKASI KEJADIAN - TURKEY


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)