SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Rentas negeri semata-mata jumpa kekasih baru kenal 1 minggu


SUNGAI PETANI - Seorang gadis sanggup merentas negeri semata-mata mahu melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki yang baharu dikenali seminggu lalu.


Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad berkata, gadis berusia 17 tahun itu ditemui bersembunyi dalam bilik air rumah sewa teman lelakinya di Kampung Pondok Labu, Kulim, Kedah dalam keadaan bogel ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 1.05 pagi Khamis hasil aduan awam.


Menurut beliau, pasangannya berusia 22 tahun pada mulanya terlebih dahulu menjemput gadis yang baharu dikenalinya dalam tempoh seminggu itu dari Juru iaitu tempatnya bekerja sebagai pembantu kedai makan.


"Mereka mengaku baru berkenalan melalui WhatsApp seminggu lalu, lelaki yang bekerja di kilang ayam di Juru, Pulau Pinang itu menjemput gadis terbabit untuk ke rumah sewa di Kulim melalui laluan lorong tikus," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.


Menurut Anwar, pemeriksaan mendapati kedua-dua bersekedudukan tanpa ikatan suami isteri yang sah.


Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim untuk tindakan selanjutnya.


Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat.


Jika didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.