SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Pelajar perlu divaksin sebelum buka sekolah


Pelajar perlu divaksin sebelum buka sekolah

PARIT – Pemberian vaksin kepada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun perlu dipertimbangkan iaitu sebelum atau apabila sesi persekolahan dibuka kelak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, langkah itu perlu agar mewujudkan komuniti selamat dalam kelompok warga sekolah.

Menurut beliau, pihaknya juga meminta kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pelajar terlibat diberi vaksin terlebih dahulu.

“Kalau kita lihat kanak-kanak umur 12 hingga 17 tahun ini mereka yang bersekolah, ia sudah pasti ia merupakan kerjasama bersama dengan KPM.

“Jika mereka nak buka sekolah kita harapkan kanak-kanak ini dapat diberikan vaksin sebelum atau apabila sekolah dibuka nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir meninjau dan memantau kesiapsiagaan pelaksanaan Projek Rintis Penyumberan Luar (ASD) di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, di sini hari ini.

Menurut Rina, sebelum ini, pihaknya pernah menggesa kerajaan agar vaksinasi pada kelompok itu dipertimbangkan sebagai langkah mengelak jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, pelbagai pihak menggesa KPM agar mempertimbangkan untuk membuka sesi persekolahan secara berperingkat bermula bulan hadapan ekoran kes harian Covid-19 masih tinggi.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!





Jumlah pembaca orang.