Orang ramai derma RM92,800 dalam tempoh sehari untuk bantu bayar kompaun 31 peserta acara lilin yang dikompaun RM 62,000 atas pelanggaran SOP tempoh hari


SSR kumpul derma RM92,800 dalam tempoh sehari

PETALING JAYA – Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyumbang kepada tabung bantuan guaman dan kompaun 31 peserta acara lilin pada Khamis lalu.

SSR dalam satu kenyataan media berkata, sumbangan sebanyak RM92,800 itu dikumpul dalam masa sehari melibatkan transaksi daripada 688 individu.

“Ia melibatkan jumlah purata sebanyak RM139 dan ramai menyumbang dengan nilai RM10 dan RM20.

“Sekretariat dengan ini menutup kempen tabung bantuan guaman dan kompaun #Lawan,” kata kenyataan tersebut.

SSR turut memaklumkan pihaknya akan memperincikan jumlah perbelanjaan yang telah digunakan bagi memastikan ketelusan mereka dalam mengendalikan sumbangan yang diterima dalam masa terdekat.

Semalam, Kosmo! melaporkan SSR memohon bantuan orang ramai untuk membayar kompaun berjumlah RM62,000 dengan 31 peserta terbabit dikenakan kompaun RM2,000 setiap seorang. – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)