Lelaki tampil minta maaf selepas curi beras ‘food bank’

Lelaki tampil minta maaf selepas curi beras ‘food bank’

“Lelaki itu tinggal di kawasan ini dan memberitahu dia tiada wang untuk membeli makanan disebabkan tidak bekerja. Kami kemudian memberinya semula barangan itu untuk dibawa pulang,”

GEORGE TOWN – Tindakan seorang lelaki melarikan sekampit beras dan bungkusan barangan keperluan asas di ‘food bank’ di Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gedung di sini tular di media sosial, malam ini.

Sebelum kejadian, lelaki terbabit dilihat duduk di kerusi di hadapan stor sambil memerhatikan keadaan di sekeliling sebelum dikatakan bertindak menceroboh stor simpanan bekalan makanan itu kira-kira pukul 7.35 petang tadi.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 24 saat itu menunjukkan lelaki yang berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek terbabit membawa keluar barangan makanan yang diambilnya melalui pintu stor.

Bagaimanapun, Pengerusi MPKK Bukit Gedung, Mohd. Zaini Ahmad berkata, lelaki berusia 30-an berkenaan bagaimanapun telah datang semula ke lokasi kejadian dan memohon maaf di atas perbuatannya.

“Lelaki itu tinggal di kawasan ini dan memberitahu dia tiada wang untuk membeli makanan disebabkan tidak bekerja. Kami kemudian memberinya semula barangan itu untuk dibawa pulang,” ujarnya. – K! ONLINE

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)