SHOPEE 9.9! CRAZY SALE

Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!

Lelaki maut jatuh pokok manggis, Innalillahiwainnailaihirrojiun


Lelaki maut jatuh pokok manggis

BALING: Seorang lelaki maut setelah terjatuh dari pokok manggis yang dipanjatnya di Kampung Rambung Pulai di sini semalam.

Ketika kejadian pada pukul 10 pagi itu, mangsa, Che Isa Wahab, 55, yang merupakan penduduk tempatan sedang memanjat pokok manggis untuk mengambil buah milik jiran berdekatan rumahnya.


Seorang penduduk, Ghazali Abdullah, 59, berkata, ketika Che Isa berada di atas pokok, dia yang berada di bawah menemaninya sambil bersembang mengenai ancaman Covid-19.

Katanya, pemilik pokok manggis itu, Sopiah Shaaban, 53, juga berada bersamanya di bawah pokok tersebut.

“Tiba-tiba dia (Che Isa) tidak bersuara, kemudian saya terdengar bunyi seperti sesuatu terkena dahan pokok dan kemudian terlihat tubuh Che Isa jatuh ke tanah.

“Ketinggian pokok manggis itu dianggarkan kira-kira tujuh meter,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambahnya, dia dan Sopiah segera mendapatkan Che Isa dan mendapati masih bernyawa sebelum meminta orang kampung membawanya ke rumah.

“Mangsa sempat memetik buah manggis sebanyak dua baldi buah sebelum terjatuh,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat ketika dihubungi di sini mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menarik Di Telegram


Lazada 10.10

Lazada 10.10 Tenaga Sale!