JATUH GAUNG, pemandu lori maut manakala kelindan cedera.


JATUH GAUNG, pemandu lori maut manakala kelindan cedera.

JULAU: Pemandu maut dan kelindan cedera selepas lori yang membawa muatan pembinaan terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Merurum, di sini, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari itu melibatkan sebuah lori yang dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa dikenali Raddy Gudet  berusia 37 tahun disahkan maut akibat tersepit ditempat duduk di lokasi kejadian.

Katanya, pasukan bomba mengambil masa hampir 3 jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Manakala kelindan yang cedera dikenali Boniface Beruang, berusia 25 tahun, berjaya keluar sendiri dan dikejarkan ke klinik kesihatan Ng. Sekalong oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan.

#lazdropasia

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)