Bintang TikTok diseret, diraba 400 lelaki Pakistan...barang kemas mangsa turut dicuri selain pakaiannya dikoyak.

Bintang TikTok diseret, diraba 400 lelaki Pakistan...barang kemas mangsa turut dicuri selain pakaiannya dikoyak.

LAHORE: Seorang bintang TikTok diseret, diraba dan dipukul oleh ratusan lelaki semasa sambutan Hari Kemerdekaan di Taman Lahore.

Rakaman video menunjukkan serangan ganas itu melibatkan 400 lelaki yang sedang berhimpun di kawasan itu sehingga menyebabkan pakaian wanita itu koyak rabak.

Mangsa melaporkan kes itu kepada polis ketika dia bersama enam rakan yang lain pergi ke monumen di Minar e-Pakistan untuk merakam video sempena peristiwa bersejarah dalam media sosial.

Serangan itu dapat dilihat dengan jelas apabila wanita itu ditarik ke tengah-tengah kawasan orang ramai yang sedang berkerumun.

“Himpunan itu sangat besar dan orang ramai semakin dekat menghampiri kami. Mereka menolak dan menarik saya serta mengoyakkan baju.

“Beberapa orang cuba menolong saya, tetapi kawasan itu terlalu sesak dan mereka turut melambungkan saya ke udara,” luah wanita itu dalam aduan seperti dilaporkan media Pakistan.

Menurut mangsa, barang kemas miliknya turut dicuri dan telefon bimbit serta kad pengenalan rakannya turut dikebas.




Pihak polis sedang menyiasat kes tersebut dan suspek akan dikesan dengan bantuan rakaman imej tersebut.




“Individu yang mencabul kehormatan wanita perlu dibawa ke muka pengadilan,” tegasnya.-AGENSI

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!


1000 group whatsapp untuk perniagaan anda

1000 Group Whatsapp Untuk Perniagaan Anda Edisi 2022

Beli dengan harga promo RM 9.90 dapat semua 1000++ group whatsapp untuk luaskan pasaran perniagaan produk/servis anda!

RM 89.90 RM 9.90 Sahaja

(2,300 Terjual)



Dropliz Sandal

Kasut Sandal Wanita | READY STOCK

RM 59.90 RM 19.90 Sahaja

(12k Terjual)